Saturday, May 29, 2010

from the bottom of heart



Menjadi seorang yang dewasa sangat sangat mencabar. Proses kematangan bermula disini. Ada diantaranya tidak dapat menempuhnya, tapi masih ada yang bangun semula untuk menempuhnya. Pelbagai ragam dan kerenah wujud dalam kematangan ini. Arus perubahan dunia menjadi salah satu puncanya. Tidaklah pelik bagi sesetengah kelompok yang menerimanya, namun tak semua menerimanya dengan pintu hati yang terbuka. Segelintir daripada mereka suka melihatnya dari satu pandangan sahaja. Judge the book by its cover. Tapi, adakah dengan cara itu, mereka ini menganggap mampu menyedarkan mereka??? Sama sekali tidak. Pandangan sebegitu rupa hanyalah dari orang yang punyai akal yang pendek. Siapalah kita mahu menghakimi seseorang itu tambahan pula mereka tidak bersalah. Mungkin dari satu sudut yang ketara ianya memang salah tapi apakan daya mereka yang mengalaminya. Di sesetengah tempat, mereka mampu menerimanya mungkin dari segi budaya dan persekitarannya, namun, itu bukanlah sebab untuk kita terus menghakimi mereka ini. Siapa sanggup menahan diri dari dikenali. Namun, disebabkan itu mereka disisihkan. Lakonan yang mereka tunjukkan mungkin bagi setengah pihak biasa tapi badan yang menanggung siapa yang tahu. Cukup menyeksakan. Ditanya untuk kembali ke laluan yang benar, bukanlah tidak mahu, tapi untuk pergi ke laluan itu bukannya mudah. Ianya bukan sesuatu yang mampu dibuat dalam sekelip mata. Setelah hidup lama begini, bukan senang. Ada pihak yang ingin membantu, tapi masa itu tidak sampai lagi. Belum bersedia untuk menerima sesuatu yang sangat besar. Impian mereka sama seperti yang lain, mahu berjaya dan hidup dengan yang tersayang.